Thursday 16 October 2014

KENANGAN PRAKTIKUM DI SK ADIN SARE


Untuk praktikum fasa 2 2014, saya telah ditempatkan di Sk Adin Sare. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar. Pengalaman pertama datang ke sekolah ini, perasaan saya sangat sedih dan stress kerana tidak ada sebarang line telefon di sekolah ini. Ia menyukarkan untuk berhubung dengan dunia luar... line telefon hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja dan tidak menentu keadaannya..sekejap ada, sekejap tdk ada..mcm chipsmore...hehehe..tetapi.......setelah beberapa hari, saya jatuh hati dengan sekolah ini. Suasananya yg cukup tenang yg dikelilingi alam semulajadi yg segar dan kakitangan sekolah yg terbaik..ini yg menyebabkan saya jatuh hati dengan sk adin..selain itu dengan jumlah murid yg tidak ramai, ia amat memudahkan saya untuk mengajar..anak murid saya dari tahun 3 hanya 15 org sahaja..mana tak seronok dengan sejumlah murid yg begitu sedikit..tidak strees mengajar dan mudah untuk mengawal kelas..Alhamdulillah...
kelas tahun 3

Guru Besar Sk Adin
Cikgu Awangkok Abdullah

Pk 1 Cikgu Awangku Metosen
Pk KK Ustaz Awang Nurizal aka guru pembimbing BM
PK Hem Cikgu Selimin
abang Iskandar..Pegawai Pengurusan Murid PPM..insan yg banyak membantu sepanjang saya praktikum di Sk Adin

MALAM PERPISAHAN 

murid yang tinggal di asrama
ANTARA GURU YANG HADIR PADA MAJLIS PERPISAHAN






Jom Makan!!!!









PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI KENANG-KENANGAN



terima kasih Sk Adin..sampai bertemu lagi..

Thursday 3 March 2011

sahabat sejati



Sahabat sejati

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Dipetik daripada : Haslinda Lukman


Islam Haramkan Merokok



Merokok
McGinnis (1987) setelah membuat kajian selama 30 tahun melibatkan 50 00 kes dari 80 buah negara, telah mendapati bahawa:
1.    Penghisap rokok adalah tiga kali lebih mudah di serang sakit jantung.
2.    85 peratus daripada mereka mungkin menghidap barah paru-paru
3.    Wanita mengandung yang menghisap rokok mengalami:
a.    Kelahiran bayi awal sebelum masanya
b.    Keguguran
c.    Kematian bayi dalam rahim
d.    Bayi yang dilahirkan hidup selama beberapa jam atau hari sahaja.

Mengapa orang menghisap rokok ?
1.    Pengaruh psikologi
a.    Sebagai satu cara menentang.
b.    Memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba.
c.    Kepercayaan bahawa menghisap rokok menjadikan diri seorang itu lebih dewasa.
2.    Pengaruh keluarga
a.    Pengaruh daripada ahli keluarga yang menghisap rokok.
b.    Sebagai cara melarikan diri daripada keluarga yang bermasalah atau yang berpecah belah.
3.    Pengaruh rakan sebaya
a.    Supaya diterima sebagai salah seorang ahli kumpulan.
b.    Tekanan daripada rakan sebaya.

Penyakit yang berkaitan dengan penghisap rokok
1.    Penyakit jantung dan pengecilan saluran darah
2.    Penyakit barah- termasuk barah kotak bunyi, saluran udara, pundi buah pinggang dan mulut.
3.    Kesesakan pernafasan – asap rokok mengurangkan keupayaan projeksi halus ( cilia ) membantu membersihkan paru-paru. Ini menyebabkan paru-paru menjadi merah dan radang dan mengakibatkan kesulitan bernafas.
4.    Penyakit sistem pencernaan, misalnya peptic ulcer.
 


Fatwa : Islam Haramkan Merokok
Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)

Tuesday 1 March 2011

Pesan saya kepada kamu yang akan menjadi guru


Pesan saya kepada kamu yang akan menjadi guru

Menjadi guru itu adalah profesion yang mulia.
Oleh itu guru mesti sentiasa berilmu.
Guru mesti mahir menggunakan kaedah mengajar.
Guru mesti panjang akal.

Guru mesti mahir dalam bahasa budaya tinggi.
Bahasa budaya tinggi menjadi wahana budaya dan intelektual tinggi.
Bahasa rendah adalah untuk budaya rendah.
"Street language is for street people."

Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya.
Sederhanakanlah lagak dan suara kamu.
Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan.

Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Jadilah orang besar.

Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama,
... bagi memandaikan anak bangsa.

Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil.

Semoga kamu menjadi guru yang berjasa.
By Prof. Emeritus Abdullah Hassan, MA (Mal), Ph.D. (Edin)